Sunday, September 25, 2011
Thursday, September 22, 2011
Bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185
Saturday, September 17, 2011
MAKSUD MERDEKA
KEMERDEKAAN
dalam konteks negara adalah bebas daripada kuasa penjajahan. Negara
merdeka diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat negara itu.
Kemerdekaan adalah harta paling mahal bagi sebuah negara dan rakyatnya.
Kita harus bersyukur kerana sudah bebas daripada belenggu penjajah sejak
50 tahun lalu.Kemerdekaan
mengikut takrif Islam pula ialah kebebasan melakukan apa yang disuruh
dan menjauhkan apa yang dilarang. Setiap individu berhak melakukan apa
yang mendatangkan kebaikan kepadanya. Kebebasan itu tidak pula
mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, individu dan pihak lain.
Islam
melihat arti kemerdekaan meliputi soal kenegaraan dan individu. Negara
yang merdeka, tetapi rakyatnya terbelenggu dengan pelbagai masalah,
dikuasai pemikiran dan cara hidup, sebenarnya masih belum merdeka.
Begitu juga jika rakyat bebas melakukan apa untuk dirinya, tetapi negara
masih dijajah, maka tidak bererti sepenuhnya.Islam
mengamalkan dasar merdeka kerana tidak ada individu atau pihak yang
perlu tunduk kepada telunjuk individu atau pihak lain, melainkan hanya
kepada Allah semata-mata. Hubungan sesama manusia hanyalah dengan maksud
saling membantu, saling mendapat manfaat dan melaksanakan hak bagi
individu atau pihak yang terbabit. Tiada individu atau pihak lain boleh
bertindak sebagai penguasa atau penjajah terhadap yang lain.Hakikatnya,
semua manusia adalah hamba kepada-Nya. Manusia diberi hak kemerdekaan
dalam urusan kehidupan, yang mempunyai kaitan dengan konteks takwa.
Dengan kata lain, kebebasan manusia adalah kebebasan bersyarat.Islam
melarang sebarang bentuk tindakan penganiayaan, keganasan, penguasaan
tidak pada hak, perhambaan, fahaman taksub dan mempercayai perkara karut
marut. Erti dan nilai kemerdekaan yang dibawa Islam dapat dilihat
dengan ketara dalam masyarakat Arab Jahiliah selepas ketibaan Islam.Masyarakat
Arab yang bergelumang dengan norma kehidupan ‘binatang’ sudah bertukar
kepada nilai insan yang luhur dan merdeka daripada kebatilan hasil
kemerdekaan hidup dibawa dalam ajaran Islam.Nur Islam menerangi manusia ke jalan kemerdekaan sesuai dengan fitrah manusia.
Manusia
ingin hidup bebas tetapi kebebasan itu sering merosakkan kehidupan.
Justeru, ajaran Islam memberi panduan erti kemerdekaan yang seharusnya
diikuti untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Islam
membawa kesempurnaan dan rahmat keseluruhan alam tanpa dilakukan secara
paksaan. Manusia bebas dan merdeka sepenuhnya untuk memilih cara hidup
dalam soal kepercayaan atau agama. Tegasnya, Islam tidak memaksa semua
orang menerima ajarannya.Sesiapa
yang mendapat nur Islam, ia dilakukan dengan kerelaan sendiri. Tidak
ada dalam sejarah penyebaran Islam dilakukan secara paksa. Islam
mempertahankan konsep kemerdekaan yang memberi peluang setiap hamba-Nya
menentukan kepercayaan di dunia ini.Ketika
Rasulullah SAW membuka kota Makkah, seluruh penduduknya diberi pilihan
untuk menerima Islam atau terus kekal dalam agama asal. Bahkan,
Rasulullah SAW memberi pengampunan dan membebaskan individu yang sebelum
itu memusuhi dan melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap
Baginda.Islam
disebarkan dengan keyakinan tauhid berdasarkan kepada ia agama terbaik
untuk seluruh umat. Kemanisan iman hanya dikecapi jika dilakukan dengan
kerelaan dan kesedaran. Islam mengamalkan konsep kemerdekaan secara
menyeluruh terhadap penganut agama lain dalam soal penerimaan agama
Islam.Hakikat
kemerdekaan yang diamalkan umat Islam dipandang tinggi, sempurna dan
bertepatan dengan naluri manusia. Keluasan ajaran Islam menjadi faktor
mengapa Islam mudah diterima di seluruh pelusuk dunia.Kemerdekaan
dalam Islam membawa amalan keterbukaan dan menghormati hak individu.
Segala urusan pemilikan dan kekuasaan dilakukan secara adil. Malangnya,
semakin jauh Islam dikembangkan, penghayatan terhadap kemerdekaan dalam
Islam sudah diselewengkan. Umat Islam hanyut dalam kemerdekaan
dikurniakan Allah.
Kebebasan
diberikan disalahgunakan sehingga terkeluar daripada ajaran Islam
sebenar. Sikap tamak dan ingin menguasai sesuatu dengan tanpa hak mula
menguasai gaya hidup umat Islam.Kebebasan membuat pilihan membawa perpecahan dalam umat Islam.Selepas
kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula berpecah dan bermusuhan
sesama sendiri. Proses peralihan kuasa daripada seorang khalifah kepada
khalifah lain mencetuskan permusuhan.Nabi
Muhammad SAW tidak melantik atau mewasiatkan siapa harus menggantikan
Baginda adalah tanda keterbukaan dan kebebasan memilih dalam soal
kepimpinan dan hal lain bersangkutan kepentingan umat Islam.Kebebasan
sepatutnya menambah kekuatan kerana dapat membuat pilihan terbaik.
Keterbukaan dan kemerdekaan fikiran harus dijadikan teras kepada
penghayatan ajaran Islam. Jangan mengheret orang lain kepada pemikiran
jumud, taksub dan ekstrem.Setiap
orang bebas memberi cadangan dan melakukan apa yang terbaik. Ajaran
Islam memberi kebebasan bagi umatnya melakukan sesuatu bersesuaian
dengan naluri, selagi tidak bertentangan batasan syariat.Sifat
kesyumulan Islam untuk seluruh umat manusia. Islam memayungi seluruh
umat manusia sehingga ke hari kiamat. Sebab itu konsep kebebasan dan
kemerdekaan memberi ruang yang luas untuk manusia melakukan apa
diperlukan. Setiap bangsa dan manusia pada zaman berbeza memerlukan
sesuatu yang berbeza.Hal
ini jelas dalam membuktikan keluasan rahmat Allah. Manusia bebas
melakukan usaha untuk kebaikan. Islam menggalakkan setiap umatnya
mencipta kejayaan dan kecemerlangan berdasarkan kepada nilai kemerdekaan
yang diberikan.Sesungguhnya
apa yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Allah tidak
mendapat keuntungan atau kerugian atas apa yang dilakukan hamba-Nya.
Allah memberi pembalasan bersesuaian dengan apa yang dilakukan setiap
orang.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan,
mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau
dikurangkan balasannya) sedikit pun.” – (Surah an-Nisa, ayat 124)
Seseorang
akan mendapat kemerdekaan sebenar jika menghayati ajaran Islam. Islam
memberi panduan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sesiapa
berpandukan kepada ajaran Islam pasti tidak akan sesat di dunia dan
bakal mendapat kejayaan di akhirat.
Oleh Marso.
Mahasiswa Pendidikan Matematika Semester III Universitas Muhammadiyah Purworejo