Saturday, May 19, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Pesanan untuk membentuk citra guru mujahid
Harakahdaily, | 16 Mei 2012 |
Guru selayaknya seorang mujahid. Demikian yang ditunjukkan oleh Ustazul Mukminin, Rasulullah s.a.w. ketika baginda menjalankan dakwahnya, bermulalah jejak tugas seorang guru kepada manusia.
Tugas mudaris dan mujahid tidak selayaknya dipisahkan. Yang menyatukan tanggungjawab antara seorang pendidik dengan seorang mujahid ialah hadaf yang satu. Iaitu yang seharusnya dicapai adalah untuk mengeluarkan manusia dari pengabdian kepada selain Allah dan membawa manusia kepada hanya menyerah diri dan mengabdi total hanya kepada Allah.
Kami mengungkap tema Guru Mujahid kerana persoalan fungsi guru membentuk insan pelajar kini tidak diserasikan antara kerja mengajar dan kerja menghidupkan kecintaaan pelajar kepada Islam.
Malah yang sering dapat diperhatikan ialah guru hanya dilihat sebagai profesi yang mengejar kecemerlangan hanya pada kerangka kerjaya yang diukur mengikut pencapaian yang digariskan oleh skima perjawatan JPA.
Lalu berlumba-lumbalah guru bekerja keras untuk menepati pencapaian tersebut tanpa melihat garis ukur yang jauh lebih murni, jauh lebih suci. Iaitu apakah generasi yang dididik melalui sistem pendidikan yang ada mampu melahirkan generasi yang memenuhi ciri-ciri ibadurrahman dan sejauh mana seorang guru turut terlibat di medan perjuangan untuk menegak dan membela Islam.
Hari Guru yang saban tahun disambut membawa erti besar kepada para warga pendidik. Sayang jika para guru sendiri tidak merasa ini suatu hari yang bermakna.
Setelah gugurnya bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945, Kaisar Jepun pernah bertanya suatu hal yang menyebabkan orang terpinga-pinga. Sebabnya dia bertanya dalam ribuan rakyat Jepun yang terkorban, " adakah ada lagi guru yang maseh hidup?". Demikian Kaisar Jepun memberi kepentingan kehadiran guru untuk melihat peluang untuk bangkit semula diatas runtuhan dan kehancuran akibat bom atom yang digugurkan oleh tentera Ameirika Syarikat.
Sebetulnya kami telah memikirkan apakah tema yang seharusnya boleh merangsang para guru untuk benar-benar merasa bahawa profesi seorang guru itu adalah profesi yang membawa kesan jauh lebih bermakna dari kerja keras untuk mencapai kecermelangan dalam peperiksaan umum bagi tujuan menaikkan nama sekolah dan jabatan.
Kami sangat prihatin betapa menjadi seorang guru dalam situasi kini sangat menghimpit. Kerap yang disunguti ialah guru kini tidak menjiwai perjuangan dalam bidang pendidikan berbanding guru masa lampau.
Tidak dapat disangsikan para guru pada zaman kolonial adalah sebahagian besarnya adalah kelompok yang berada di saf peneraju perjuangan kemerdekaan tanah air. Guru membawa imej pembentuk jiwa merdeka untuk rakyat. Guru sinonim dengan pejuang kemerdekaan. Bukan setakat mengajar disekolah untuk mencemerlangkan penuntut dalam pencapaian peperiksaan malah guru berada di barisan depan mempelopori perjuangan kemerdekaan.
Sungutan betapa guru lebih banyak terbeban dengan kerja pentadbiran (paper work') berbanding menjalankan fungsi mendidik adalah suatu yang malang. Dalam keghairahan pihak atasan mahu mencapai KPI dan lantaran itu guru yang berada dalam bilik darjah dibebankan untuk menyiapkan segala tugas yang terlepas dari kerja mendidik yang sebenar pada hakikatnya akan merugikan.
Natijahnya amat mendukacitakan. Guru lelah mengejar masa antara menyelesaikan Rancangan Mengajar, ditambah lagi dengan beban menyiapkan pelbagai tugas pentadbiran.
Kami tidak hairan bagaimana sistem pendidikan masakini gagal melahirkan guru yang berkualiti mujahid. Malah tidak terbayangpun konsep Guru Mujahid itu sendiri dalam skima melatih guru. Bercitra sebagai Guru Mujahid mungkin dilihat terlalu menggugat. Lantaran guru hanya sebagai karieris sudah memadai supaya masing-masing hanya berfikir untuk menjadi cemerlang dalam konteks kerjaya semata-mata.
Bukan sahaja beban kerja sangat melelahkan malah sistem yang sedia ada lebih banyak tertumpu kepada kerja di luar tugas mendidik.
Seorang guru yang bercitra mujahid bermula dari niatnya yang merentas kepentingan duniawi. Apa yang terpendam dalam sanubari guru mujahid adalah membentuk watak anak muridnya berpandukan susunatur ilmu yang disampaikan.
Lebih penting dari itu ialah bagaimana ilmu yang disampaikan itu mampu diterjemahkan dalam aplikasi seharian buat dijadi pedoman untuk pendewasaan anak murid. Tidak kira dia seorang yang berada atau sebaliknya. Pokoknya ilmu yang disampaikan adalah bagaikan menyemai benih untuk kemudian tumbuh sebagai pohon yang merimbun memberi manfaat kepada siapa sahaja yang berlindung di bawahnya.
Sebenarnya kita sangat mendambakan guru yang bersifat Dzu Wujuh, iaitu menpunyai banyak wajah dalam arti yang baik. Ia adalah seorang guru bangsa, pendidik ummat dan mujahid da’wah, ia adalah seorang budayawan atau pemikir budaya, ia adalah seorang ‘alim dengan segala atribut yang lekat dengan gelar itu, ia adalah seorang berfikiran matamg dalam membaca politik masa depan.
Seorang guru harus memilikki pandangan pendidikan tidak terlepas dari grand konsep yaitu dakwah. Secara idealnya pada diri seorang guru akan menemukan konsep yang konsisten baik yang berhubungan dengan dakwah maupun pendidikan. Dalam ertikata lain dalam perumusan tujuan hidup seorang guru dalam konsep da’wah sama dengan tujuan hidup dalam konsep pendidikan.
Seorang guru harus memiliki kefahaman bahawa tujuan pendidikan ada dua macam, iaitu: a. Menjadi hamba Allah; b. mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Dengan mengacu kepada surat Adz-Dzariyat ayat 56 yang ertinya: “Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah Aku”.
Selanjutnya dengan mengacu kepada surat al-Fathir ayat 28, yang ertinya: “Bahwa yang sebenar-benarnya takut kepada Allah itu, ialah hamba-Nya yang mempunyai ilmu”,
Perhatikan catatan DR. G. J. Nieuwenhuis mengatakan, “suatu bangsa tidak akan maju, sebelum adanya guru yang mau berkorban untuk kemajuan bangsa tersebut”.
Kami kutip pernyataan itu kerana nampaknya ada tanda bahawa pada saat ini minat kalangan akademik untuk menjadi guru yang menjiwai erti pengorbanan sudah mulai menurun.
Lantaran itu sempena Hari Guru untuk tahun 2012 ini kami menghimbau pesanan yang diharap diperhatikan setiap guru yang memilih untuk terjun dalam medan pendidikan sebagai medan jihad.
Adalah diharapkan tatkala sistem pendidikan yang ada sekarang maseh jauh dari memenuhi maksud pendidikan dalam ertikata sebenar, maka ditangan gurulah amanah membentuk generasi akan dipertaruhkan. Bermakna para guru harus siap memainkan peranan diluar kotak sistem yang kini sangat ditentukan oleh pasaran ekonomi.
Kami mengharapkan agar fungsi memanusiakan pendidikan dalam erti yang dituntut Allah ke atas diri kita akan direalisasikan oleh warga guru yang ada. Moga para guru siap menjadi Guru Mujahid yang boleh membawa islah kepada ummah dan dunia.
Selamat Hari Guru 2012
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras
Ustazah Rubiyah Haron
Timbalan YDP SALIMAH
Pemerintah! Dengarlah nasihat Ata’ Bin Abi Rabah
|
Ata’
bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang
duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai
puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman
pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun
menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana.
Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”
Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”
Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”
Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”
Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)
Antara komentar yang boleh dibuat:
1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.
2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.
3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)
4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.
5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. - http://www.niknasri.com
Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”
Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”
Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”
Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)
Antara komentar yang boleh dibuat:
1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.
2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.
3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)
4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.
5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. - http://www.niknasri.com
Kepala Yatt melekat pada sejadah: Jadikan iktibar dan pengajaran kepada Wanita
Ikuti pengalaman seorang pelakon bernama Yatt Hamzah....jadikan iktibar dan pengajaran kepada pembaca-baca di luar sana...
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Sumber :
1) http://fahmiberdiridisini.blogspot.com/2012/05/kepala-yatt-melekat-pada-sejadah.html
2) FB imam muda 3
Thursday, May 10, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Thursday, May 3, 2012
BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM
AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan emninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang
yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan
auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa
dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat
diharuskan membukanya”.
2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika
seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya
makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan
membukanya”.
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis
riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW
bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki
lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam
Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup
auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau
perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam
maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan :
(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya.
Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan
perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya.
(Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr
Al Aurah).
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan
kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan
kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam
surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat
beberapa buah hadith.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan
janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang
biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka
hingga ke bawah dada”.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu
serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan
JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu
mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat
daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”.
Firman Allah lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :
“
… Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka
(isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …”
Sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibn Kathir juz 3
halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari
Aishah, katan Aisyah R.anha : ”Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada
wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat
31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri
mereka dengannya”.
Hadith
riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari
kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW
sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu,
Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai
Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka
lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah
SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.
BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;
1. Di
hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua
termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya
juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar
tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm
dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang
mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat
wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika
bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku
sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.
Penjelasan-penjelasan
ulama tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi
( bukan mahram). Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.
b) Qaul kedua : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau
bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan
fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh
tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya
yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).
2. MAZHAB HAMBALI : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
3. MAZHAB HANAFI : ada 2 qaul ;
a) Qaul
pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh
kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan
boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
b) Qaul
kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram)
adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan
tangan dan dua tapak kaki.
4. MAZHAB MALIKI : Aurat
wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan
dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh
mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM
DENGAN WANITA.
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak
lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama
ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi
bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang
dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.
DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.
1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi
5. Ketika mengajar